Thursday, June 2, 2011

AGAMA ITU NASIHAT (1)



Assalamualaikum...sebelum saya mmemulakan catatan saya..kita mulakan dgan hadis ini,,,
Diriwayatkan daripada Abi Ruqayyah Tamin bin Aus Al-Daari RA, bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda:Agama itu nasihat. Kami bertanya : Untuk siapa ? Baginda menjawab: Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslimin, dan Bagi Muslimin umumnya.
                                                                                                                         (Riwayat Muslim)

A. Wajib Memberi Nasihat.
       Rakan-rakan pembaca sekalian,,,huhuhu,,,kali saya ingin berkongsi tentang bacaan saya,,dalam buku yang telah saya baca..ad membritahu bahawa kita sebagai muslim wajib memberi nasihat.Menurut apa yang saya baca..Memberi nasihat dengan nasihat yang baik adalah termasuk tugas dan kewajipan setiap Muslim sebagaimana disebutkan di dalam hadis di atas.lagipun,setahu sayalah..amalan nasihat adalah termasuk salah satu perintah agama,,,
       Rakan-rakan pembaca sekalian..hadis di atas mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud RA telah menjelaskan dengan katanya, Ilmu fikah bersekitar atas lima hadis yang masyhur,,iaitu..:
              1. Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas
              2. Tiada kemudaratan dan tiada sesuatu yang boleh memudaratkan
              3. Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat
              4. Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripada melakukannya maka jauhkanlah
              5. Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya maka lakukannya sedaya upaya kamu
    Manakala, mengikut Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorang muhaddis dan sejarawan, menyatakan : Bagi hadis ini suatu kedudukan yang begitu besar.
    Selain itu, bagi pendapat Muhammad bin Aslam Al-Tusi pula menekankan dengan katanya: Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai al-Din adalah nasihat.

     Konklusinya disini, saya berfikir,,,sesungguhnya penekanan yang diulang-ulang oleh Rasulullah SAW pada perkataan al-Nasihah adlah amat penting dalam Islam, ia dianggap jauhar (intisari) al-din...sekian dulu..klau ad ksemptan..sye akan mnymbung lagi berkenaan tajuk kita ini iaitu bentuk-bentuk nasihat yang boleh digunakan,,,sekian dulu dr sye..wasalam..