Wednesday, July 13, 2011

Muhasabah Cinta

Album : 
Munsyid : EdCoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan... Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :

Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...


Tuhan... Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Tuesday, July 12, 2011

Selamat Hari Lahir Zira ;-)

~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang ~
 
Assalamualaikum w.b.t


Hari ini, tanggal 12 Julai 2011,bersamaan 11 Sha'ban 1432 Hijrah, genap usia ke 18 seorang teman saya, Ummi Nazirah Binti Ahmad Lutfi... Tika ini, saya sangat merindui dia.. (ceh3.. ). Rasa kasih dan sayang menyelubungi segenap hati, mungkin ini yang dinamakan ukhuwah kerana Allah..indahnya persahabatan tidak dapat diungkap dengan kata-kata, dek ia kemas tersimpan di dalam hati yang Allah redhai.. insyaAllah.. ;-)
Untuk Zira Yang Tersayang..
Saya doakan anda sentiasa Allah lindungi,
Gunakan umurmu sebaik2nya,
Lengkapkan ia dengan iman dan cinta kasih terhadap Allah s.w.t..
Kerana itulah cinta yang sebenar-benarnya.
Kudoakan jua agar dirimu tetap tabah dan kuat,
Menghadapi segala mehnah dan cabaran mendatang.
Semoga dirimu Allah jadikan seindah2 peribadi wanita,
seperti serikandi-serikandi Islam semulia Khadijah, Aishah dan Fatimah.
Semoga dirimu menjadi bidadari secantik Ainul Mardhiah,
Menghiasi dunia dan taman syurgawi yang hakiki.

Untuk sahabat saya yang lainnya, ukhuwah fillah abadan abada.. Semoga Allah redhai persahabatan kita semua. Saya sertakan puisi buat kalian yang saya kasihi dan sayangi kerana Allah s.w.t.. InsyaAllah.

UKHUWAH yang terbina bersama..
takkan pernah untuk di lupa..
tak terlintas untuk dibiarkan begitu saja..
malah,
tak sanggup untuk membiarkan ianya menyepi walaupun hanya seketika..
di dalamnya ada gelak ketawa..
penuh dengan gurauan senda..
terselit juga sedih duka..
namun,
semua itu takkan mampu untuk kita ulangi kembali..
semua yang berlalu,
biarkan saja ia berlalu pergi..
tapi,
sentiasalah sematkan ukhuwah itu dihati..
doa tak putus² sesama diri..
peringatan demi peringatan sentiasa diberi..

kerana kita berukhuwah bukan kerana duniawi..
tapi kerana ukhrawi..
yang kita sandarkan semuanya pada Illahi..


Salam kasih.. ;-)

Sunday, July 3, 2011

Assalamualaikum....salam sejahtera rakan2...sudah lama saya tidak post di blog ini...maklumlah sibuk studi...huhuhu..
baiklah...kali ini kita akan mmbncgkan tentang 'USRAH'...saya brtnye kpd rmai kwn2 sya berkaintan usrah ini..tapi msih belum saya fhami ape itu usrah?...tetapi pada suatu hari saya terbaca di dalam satu halaman blog yang memeberitahu tentang usrah ini...akhirnya,hsil bacaan saya di blog tersebut..telah memberi kefahaman kepada saya tentang USRAH...di bawah ini adalah hasil bacaan saya di blog tersebut..diharap perkara yang ingin saya kongsikan ini dapat membantu kita untuk memperolehi ilmu...InsyaAllah....


usrah = satu kelompok individu muslim yg berkumpul untuk saling memahami dan membantu dalam menghayati Islam. 

Usrah bukan sekadar tempat untuk memberi ilmu bahkan merupakan tempat untuk membincangkan sesuatu perkara.Tugas setiap ahli usrah adalah untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain sekaligus membentuk satu paduan rohani dan jasmani. 

tujuan usrah 

1.mendapat mardhatillah 
sebagai hamba Allah,setiap perkara yg kita lakukan,seharusnya kita mengharapkan keredhaan-Nya.kita perlu berusaha sedaya yg mungkin utk tunduk,patuh dan taat kepada suruhan-Nya sekaligus menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah subhanahu wa Ta'ala.Firman Allah dalam surah ali -imran, " apakah orang yang mengikuti keredhaan Allah sama dengan orang yang kembali membawa kemurkaan (yg besar) dari Allah dan tempatnya adalah Jahannam?Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" (al-imran:162) 

2.merapatkan ukhuwah 
setiap mukmin itu sesungguhnya adalah bersaudara antara satu sama lain.sabda Rasulullah s.a.w "la yu'minu ahadukum,hatta yuhibba li akhihi ma yuhibbu linafsih" yg bermaksud," tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia kasihkan dirinya sendiri".Jelas disini betapa pentingnya hubungan silaturrahim sesama mukmin.di dalam kelompok usrah,kita boleh merapatkan ukhuwah antara satu sama lain dgn cara berkongsi ilmu,bertukar-tukar pendapat dan berkongsi masalah. 

3.tempat berbincang 
Konsep musyawarah telah lama wujud dalam Islam.Bermula dari zaman para anbiya' ,para sahabar sehinggalah ke hari ini.Dalam usrah,amat dititik beratkan perbincangan sesama ahli agar sesuatu perkara dapat didalami,dijelasi dan difahami dengan sepenuhnya.Dalam usrah,dakwah boleh disampaikan sepertimana yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu menggunakan pendekatan usrah sebagai langkah awal dalam usaha menyebarkan agama Islam. 

adab usrah 
1.membuka majlis dgn ummul furqan (al-fatihah) 
2.duduk dalam satu halaqah 
3.tidak bercakap antara satu sama lain ketika naqib/naqibah menyampaikan ilmu 
4.IKHLAS untuk berusrah 

rukun usrah 
1. at-ta'aruf (mengenali) 
2. at-tafahum(memahami) 
3. at-takaful(membantu)


Thursday, June 2, 2011

AGAMA ITU NASIHAT (1)



Assalamualaikum...sebelum saya mmemulakan catatan saya..kita mulakan dgan hadis ini,,,
Diriwayatkan daripada Abi Ruqayyah Tamin bin Aus Al-Daari RA, bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda:Agama itu nasihat. Kami bertanya : Untuk siapa ? Baginda menjawab: Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslimin, dan Bagi Muslimin umumnya.
                                                                                                                         (Riwayat Muslim)

A. Wajib Memberi Nasihat.
       Rakan-rakan pembaca sekalian,,,huhuhu,,,kali saya ingin berkongsi tentang bacaan saya,,dalam buku yang telah saya baca..ad membritahu bahawa kita sebagai muslim wajib memberi nasihat.Menurut apa yang saya baca..Memberi nasihat dengan nasihat yang baik adalah termasuk tugas dan kewajipan setiap Muslim sebagaimana disebutkan di dalam hadis di atas.lagipun,setahu sayalah..amalan nasihat adalah termasuk salah satu perintah agama,,,
       Rakan-rakan pembaca sekalian..hadis di atas mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud RA telah menjelaskan dengan katanya, Ilmu fikah bersekitar atas lima hadis yang masyhur,,iaitu..:
              1. Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas
              2. Tiada kemudaratan dan tiada sesuatu yang boleh memudaratkan
              3. Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat
              4. Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripada melakukannya maka jauhkanlah
              5. Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya maka lakukannya sedaya upaya kamu
    Manakala, mengikut Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorang muhaddis dan sejarawan, menyatakan : Bagi hadis ini suatu kedudukan yang begitu besar.
    Selain itu, bagi pendapat Muhammad bin Aslam Al-Tusi pula menekankan dengan katanya: Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai al-Din adalah nasihat.

     Konklusinya disini, saya berfikir,,,sesungguhnya penekanan yang diulang-ulang oleh Rasulullah SAW pada perkataan al-Nasihah adlah amat penting dalam Islam, ia dianggap jauhar (intisari) al-din...sekian dulu..klau ad ksemptan..sye akan mnymbung lagi berkenaan tajuk kita ini iaitu bentuk-bentuk nasihat yang boleh digunakan,,,sekian dulu dr sye..wasalam..


Thursday, March 24, 2011

JANJIKU....

Janjiku

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Semalam ku berjanji

Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu

Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan

Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..


MEMELIHARA LIDAH

      Assalamulaikum...hushhh...sudah lama rasanya x edit blog nie..heheheh..sibuk ujian bulanan ...sebelum ini saya menaip tentang perlunye kita menjaga atau memelihara penglihatan kita..so, untuk kali  ni saya nak berkongsi pula tentang memelihara lidah..
     Saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan juga anda semua,,bahawa kita sebagai seorang muslim mestilah memelihara daripada menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbuatan-prbuatan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu domba.kita sebagai manusia sangat perlu untuk menjaga lidah kita..


    
      Saya ingin memetik dari kata-kata Imam Nawawi Rahimahullah yanh berbunyi:
                Ketahuilah,seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya maka mengikut sunahnya adalah lebih bail berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan daripadanya adalah jarang.


        Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah SAW yang menerangkan keburukan dan bencana keatas empunya diri
Antara hadisnya ialah:  Tidaklah dihumbanka muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelik) lidahnya.
                                                                                                                        (riwayat Al-tirmizi)
                            
                                :  sesiapa yang banyak cakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosa dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk mereka.
                                                                                                                        (riwayat Baihaqi)






        Akhirnya disini, diharapkan dapatlah kita mengambil iktibar dan dapat membuka pemikiran kita tentang apa yang perlu kita lakukan untuk memelihara lidah kita. Berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.Pastikan ianya berfaedah dan tidak memudaratkan diri kita dan juga orang2 disekeliling kita...Bak kata pepatah melayu: Janganlah kerana mulut Badan menjadi binasa....sama-sama kita renung-renungkan agar kehidupan terpelihara dari perkara yang kita ingini..sekian dahulu coretan saya pada lembaran ini...InsaAllah kita bertemu di masa akan datang....wasalam