Monday, November 22, 2010

Hakikat Niat Yang Ikhlas

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua muslimin dan muslimat.Hari ini mari kita bersama-sama memikirkan tentang hakikat niat yang ikhlas.
     * Al-Jauhari berkata di dalam Al-Shahhah: Niat adalah kemahuan yang kuat.

     * Al-Khaththabi berkata: Niat adalah tujuan yang terdetik di dalam hatimu dan menuntut darimu.

     * Al-Baidhawi berkata: Niat adalah dorongan hati yang dilihatnya sesuai dengan satu tujuan,berupa mendatangkan manfaat atau menyingkirkan mudarat.
Dia juga berkata dalam Syarhut Taqrih: Ada perbezaan pendapat tentang hakikat niat. Ada yang berpendapat,niat adalah kesungguhan dalam menunutut. Ada pula pendapat Ibnu Mas'ud, bahawa siapa yang berniat untuk keduniaan, maka keduniaan itu akan melemahkannya. Maksudnya jika dia bersungguh-sungguh dalam menuntut keduniaan.


      * Az-Zarkasyi berkata: Hakikat niat adalah kaitan antara tujuan dengan hal tertentu yang dituju. Namun menurut pendapat yang terkenal, niat ini bukan berkaitan dengan tujuan kepada amal.


      * Al-Mawardi berkata berkata: Niat adalah tujuan sesuatu yang disertai pelaksanaannye. Jika hanya terhad kepada tujuan, maka hal itu disebut dengan kemahuan yang kuat.


  Tidak dapat diragukan bahawa niat seperti yang disebutkan dalam hadis-hadis Nabawi yang shahih, tercermin dalam kehendak yang kuat yang pasti, serta mengarah pada perbuatan, baik mahupun buruk, wajib mahupun sunat. Maka daripada itu kadang-kadang kehendak ini merupakan niat yang buruk lagi tercela. Hal ini tergantung pada apa yang diniatkan. Juga tergantung kepada pendorong dan matlamatnya,apakah untuk dunia ataukah untuk akhirat? Apakah untuk mencari keredaan Allah ataukah untuk keredaan manusia?
  Niat bukan sesuatu yang melintas di dalam hati lalu hilang seketika itu juga, yang beerti tidak ada keteguhan. Nabi SAW bersabda:
         Sesungguhnya Allah mengampuni umatku apa yang terdetik di dalam jiwa mereka, selagi belum dikerjakan atau dikatakan.
                                                                                                                           (Riwayat As-Sittah)

   Ini menguatkan pendapat sebahagian orang, bahawa niat bukan sekadar tuntutan yang bersungguh-sungguh. Bertitik tolak daripada sini, kita dapat melihat berkenaan dua orang Muslim yang terlibat pembunuhan, bahawa kedua-keduanya berada di dalam neraka, pembunuh lawanya, selagi tindakan mereka itu diniatkan untuk keuntungan dunia.

   Dengan itu niat adalah roh amal, inti dan sendinya. Amal mengikuti niat. Amal menjadi benar kerana niat yang benar, dan amal menjadi rosak kerana niat yang rosak. Nabi SAW telah menyampaikan dua kalimat yang mendalam, di bawahnya tersembunyi simpanan-simpanan ilmu iaitu:
          Sesungguhnya amal-amal itu hanya bergantung kepada niat-niat, dan seseorang hanya memperoleh menurut apa yang diniatkan.
   
    Dalam kalimat permata Nabi menjelaskan bahawa amal tidak ad ertinya tanpa niat. Maka daripada itu tidak disebut amal jika tanpa niat. Dalam kalimat kedua baginda menjelaskan, bahawa orang yang melakukan sesuatu amal tidak memperoleh apa-apa kecuali menurut niatnya. Hal ini mencakupi berbagai ibadah, muamalah, nazar,perjanjian dan tindakan apa pun. Hal ini juga merupakan dalil bahawa orang yang berniat mendapatkan bunga riba daripada jual belinya,dia dapat dosa riba.

   Sesunguhnya sesorang memperoleh menurut apa yang diniatkan. Pendahuluannya dapat diketahui menerusi kata hati, dan yang kedua dapat diketahui menerusi nas. Berdasarkan hal ini,orang yang memerahkan buah anggur dengan niat untuk mendapatkan khamar, dia layak mendapatkan laknat.

   Jika perbuatan seseorang mengangan-angankan apa yang diharamkan Allah da Rasu-Nya, maka dia mendapat dosa menurut apa yang diniatkan, kerana dia bermaksud kepada yang haram dan melakukan yang serupa dengannya untuk mendapatnya hasilnya.
   Maka daripada itu jika seorang doktor melarang si pesakit tentang sesuatu yang membuat penyakitnya bertambah parah, lalu dia mengangan-angankan untuk melanggar apa yang dilarangnya.

   Kerana besarnya pengaruh niat, maka hal-hal yang mubah dan kebiasaan dapat berubah menjadi ibadah dan qurbah. Pekerjaan mencari rezeki dalam bercucuk tanam , berdagang, berniaga atau profesion apa pun, akan menjadi ibadah dan jihad fi sabilillah dirinya daripada perkara-perkara yang haram dan mencari yang halal.
    Begitu pula makan, minum,pakaian, bersolek, jika dikerjakan kerana niat untuk ketaatan kepada Allah dan melaksanakan kewajipan terhadap Rabb, keluarga dan umatnya serta menampakkan nikmat Allah. Dalam sebuah hadis disebutkan:
                Sesungguhnya Allah suka melihat pengaruh nikmat-Nya atas hamba-Nya.
                                                                                                                    (Riwayat Al-Tirmizi)

    Dalam hadis Saad bin Abi Waqqas disebutkan,bahawa orang mukmin itu diberi pahala dalam setiap amal yang dimaksudkan untuk mencari keredaan Allah, termasuk pula satu suapan yang dimasukkan ke mulut isteri. Bahkan yang lebih mengagumkan lagi, nafsu seksual yang disalurkan orang mukmin kepada yang halal, mendatangkan pahala di isi Allah.
          Dalam sebuah hadis disebutkan:
               Dalam persetubuhan salah seorang di antara kamu terdapat sedekah. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah salah seorang diantara kami melampiaskan nafsu berahinya dan dia dapat pahala kerananya?Baginda menjawab,bagaimana menurut kamu jika dia meletakkannya pada yang haram, apakah dia mendapat dosa? Begitu pula jika dia meletakkannya pada yang halal, maka dia mendapat pahala.
                                                                                                           (Riwayat Muslim)

    Begitulah hakikat niat yang ikhlas..sama-samalah kita renungkan.....