Sunday, August 29, 2010

Pahala Bergantung Niat

Erti Hadis:

Daripada amirul Mukminin Abi Hafsh,Umar al-Khatab RA berkata : Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan.Barang siapa hijrahya menuju Allah dan Rasul-Nya.Baran siapa hijrahya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya,ia kan mendapatkan apa yang ditujunya.

                                                                                                               (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Penyaksian: Seluruh Perkara yang Berlaku Adalah Dari Allah s.w.t

Seseorang yang telah menetapkan perasaan bahawa, dia hanya memerlukan Allah s.w.t. dalam segenap kehidupannya, akan mula memahami bahawa, seluruh makhluk di sekelingnya tidak pernah berperanan secara tersendiri, untuk memberi manfaat atau kemudaratan kepadanya. Dia akhirnya menghayati apa yang dimaksudkan oleh Saidina Rasulullah s.a.w. bahawa: "Jika Allah s.w.t. kehendaki, maka sesuatu itu pasti akan berlaku, dan jika Allah s.w.t. tidak kehendaki, maka pasti tidak akan berlaku".


Apabila menyedari hakikat itu, dia seterusnya akan menyedari bahawa, apa yang menyenangkan dirinya dan apa yang menyedihkan dirinya, bahkan semuanya, dari Allah s.w.t..

Pada ketika itu, apabila dia diberi kesenangan oleh Allah s.w.t., dia akan mensyukuriNya dan pada setiap anugerah Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya, yang menyenangkannya itulah, dia mula melihat cinta Allah s.w.t. kepadanya.

Namun, bagaimana dia mampu melihat kesusahan yang menimpanya sebagai tanda kecintaan Allah s.w.t. juga?

CINTA HAMBA ALLAH KEPADA ALLAH

Cinta Hamba Allah kepada Allah s.w.t.. Seseorang hanya dikatakan mencintai Allah s.w.t., dengan sebenar-benar cinta adalah, apabila seseorang mencintaiNya, tanpa sebarang kepentingan untuk dirinya sendiri. Dia seraya mencintai Allah s.w.t. hanya kerana rasa syukur kepada Allah s.w.t., atas sekalian nikmat dan anugerah yang dikurniakan kepadanya, ataupun kerana ingin menghargai cinta Allah s.w.t. kepadanya.


Faktor pendorong bagi menyemai rasa cinta seseorang hamba kepada Allah s.w.t. adalah, dengan melihat tanda-tanda kecintaan Allah s.w.t. kepada dirinya, ataupun melihat sekalian nikmat dan anugerahNya dalam kehidupannya, untuk seterusnya menghargaiNya dengan mencintaiNya.

Manusia gagal melihat tanda-tanda kecintaan Allah s.w.t. dalam diri dan kehidupannya, kerana dia terhijab daripada hakikat sesuatu lalu tenggelam dalam lautan Al-Aghyar (segala sesuatu selain Allah s.w.t.). Hatinya sentiasa bergantung kepada makhluk-makhluk, kerana merasakan bahawa, para makhluk tersebutlah yang dapat membantu dan memperbaiki urusan kehidupannya. Sebuah unsur fitrah dalam diri manusia adalah, rasa memerlukan kepada selainnya. Bahkan, unsur kehambaan dalam diri seluruh makhluk yang wujud ini, adalah, rasa memerlukan kepada suatu tempat pergantungan.

Firman Allah s.w.t.: dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang sentiasa memerlukan (kepada-Nya); (Surah Muhammad: 38 ( Oleh yang demikian, apabila seseorang terhijab dengan makhluk yang saling berinteraksi dengannya di sekelilingnya, maka dia akan melupai Allah s.w.t., yang wujud di sebalik kehidupanNya, yang pada hakikatnya, Dialah Maha Pentadbir seluruh kehidupannya dan seluruh alam ini. Dia terlalai daripada menyedari hakikat bahawa hanya Allah

s.w.t.-lah yang selama ini menguruskan kehidupannya, yang membantunya, yang memberi anugerah kehidupan dan nikmat kepadanya dan sebagainya, dek kerana lemas dengan muamalah dengan para makhlukNya yang pada hakikatnya hanyalah suatu tanda bagi muamalahNya kepadanya.

Allah s.w.t. mengetahui hakikat fitrah manusia yang serba memerlukan kepada selainNya, namun sentiasa menegaskan bahawa, satu-satunya tempat pergantungan dan tempat menyandarkan harapan dalam kehidupan hanyalah kepada ALLAH s.w.t.. Hanya kepadaNyalah, seluruh manusia bahkan seluruh makhluk perlu menyandarkan harapan. Ini kerana, hanya Allah s.w.t.-lah, yang manusia dan seluruh makhluk perlukan, untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.

Firman Allah s.w.t.: Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah dialah yang Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.(Surah Fatir: 15) Hidup ini, dengan segala ujian dan anugerah yang terkandung di dalamnya, hanyalah semata-mata untuk menjadikan sebab agar kita menzahirkan rasa lemah dan tidak berdaya kita di hadapan Allah s.w.t. (yang disebut denganiftiqor), lalu merasakan diiri kita hanya

memerlukan Allah s.w.t. dalam kehidupan. Tanda seseorang itu telah merasakan kefaqirannya kepada Allah s.w.t. (memerlukan hanya Allah s.w.t.) adalah, dia akan sentiasa menjaga rasa kefaqirannya kepada Allah s.w.t.. Dia tidak akan mencari selain Allah s.w.t. sebagai tempat pergantungan. Dia tidak akan mencari selain Allah s.w.t. untuk menjadi tempat sandaran harapannya.

Inilah yang dimaksudkan oleh Imam Yahya bin Mu'az Ar-Razi: "Tanda kefaqiran seseorang (di hadapan Allah s.w.t.) adalah, dia takut kehilangan kefaqirannya (di hadapan Allah s.w.t.." (Ar-Risalah Al-Qusyairiyah: 211) Maksudnya, seseorang yang merasakan diri hanya memerlukan Allah s.w.t., akan berasa takut untuk mengharap kepada selain Allah s.w.t..

Daripada rasa memerlukan hanya Allah s.w.t., inilah, akhirnya seseorang akan mula menyaksikan bahawa, segala yang berlaku di sekelilingnya hanyalah daripada Allah s.w.t.. Ini suatu rasa muroqobah yang tersemat dalam diri seseorang manusia, yang amat digalakkan oleh Rasulullah s.a.w..


Seseorang yang berjaya keluar dari kepompong "merasakan makhluk-makhluk yang berperanan dalam kehidupannya" menuju kepada hakikat "merasakan hanya Allah s.w.t. yang berperanan dalam kehidupannya", akan mula menghayati hakikat-hakikat dirinya yang sentiasa memerlukan hanya Allah s.w.t. dan menghayati semua yang berlaku dalam kehidupan ini hanyalah merupakan perbuatan-perbuatan Allah s.w.t. ke atasnya (hakikat kehidupan).

Mendambar Cinta Allah s.w.t.

Mendambar Cinta Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.:

 Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Ma'idah: 54)


Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t. memberi amaran kepada umat Islam, supaya tidak meninggalkan ajaran agama Islam, kerana jika umat Islam meninggalkan ajaran Islam, Allah s.w.t. akan memusnahkan mereka seluruhnya dan menggantikan mereka dengan suatu kaum lain yang mana, kaum tersebut yang mana mereka dicintai dan mencintai Allah s.w.t..

Fenomena "Allah s.w.t. mencintai mereka dan mereka mencintai Allah s.w.t." tersebut hakikatnya adalah anugerah yang tidak terhingga dalam umat Islam, yang membina umat dengan landasan ajaran Al-Qur'an dan As-Sunnah. Namun, jika umat Islam tidak menghargai nikmat tersebut, maka Allah s.w.t. yang tidak pernah memerlukan sesiapa, hanya kerana ingin membuktikan keagunganNya, maka Dia akan menggantikan umat yang meninggalkan agamaNya dengan suatu kaum yang mendapat anugerah "dicintai dan mencintai Allah s.w.t." tersebut.

Cinta Allah s.w.t. Kepada Hamba-hambaNya Para ulama' berselisih pendapat tentang perbahasan cinta Allah s.w.t. ini. Adapun para ulama' Al-Asya'irah mengembalikan sifat ini kepada sifat iradah Allah s.w.t., di mana, menurut mereka, sifat cinta di sisi Allah s.w.t. adalah suatu sifat cabang yang termasuk dalam

sifat iradah Allah s.w.t., iaitu ingin memberi kebaikan kepada para hambaNya. Mereka menegaskan bahawa, sifat cinta itu sendiri, walaupun daripada sifat iradah (kehendak) Allah s.w.t., namun ianya khusus bagi kehendak akan kebaikan kepada para hambaNya.

Sebahagian para ulama' juga mengaitkan cinta Allah s.w.t. kepada makhluk sebagai sifat af'al (sifat perbuatan Allah s.w.t.) yang lahir daripada sifat iradah Allah s.w.t., dengan maksud, cinta Allah s.w.t. kepada makhluk adalah memberi kebaikan kepada para hambaNya.

Adapun para sufi menetapkan sifat cinta bagi Allah s.w.t., sebagai suatu sifat yang berbeza hakikatnya dengan sifat iradah, dalam masa yang sama, bersepakat dengan prinsip asas para ulama' Al-Asya'irah bahawa, sifat-sifat Allah s.w.t. itu qadim. Bagi kaum sufi, mereka secarazauqi dapat mengenal perbezaan antara sifatiradah dan sifathubb (cinta) Allah s.w.t., melaluiathar (kesan) sifat-sifat tersebut dalam pengalaman kerohanian mereka.

Menurut mereka, sifat cinta, redha dan sebagainya, jika dinisbahkan kepada Allah s.w.t, maka ia suatu yang hakiki, dan tersendiri, dalam masa yang sama, sifat-sifat tersebut bersifatqadim, yang saling berkait rapat dengan sifat ilmu Allah s.w.t., seperti sifatiradah (kehendak) Allah s.w.t. juga.

Apapun ta'rif dan kefahaman yang cuba diberikan oleh para ulama', apa yang pasti, hakikat cinta Allah s.w.t. kepada para hambaNya tidak sama seperti hakikat cinta makhluk kepadaNya, bahkan, tiada yang mengetahui hakikat cintaNya selain daripadaNya.

Hal ini dijelaskan oleh para penghulu sufi sendiri, dengan ungkapan mereka, "adalah benar-benar suatu keajaiban, apabila makin tersingkap (mengenali hakikat-hakikatNya melalui syuhud) makin tersembunyi (hakikat Allah s.w.t. yang selebihnya yang tiada penghujung bagi hakikatNya)."

Maksudnya, seseorang itu, apabila makin kenal Allah s.w.t., maka dia akan merasakan bahawa, dia semakin tidak mengenali Allah s.w.t. kerana proses pengenalan daripada Allah s.w.t. itu tidak terhenti, kerana tiada batasan bagi hakikat Allah s.w.t., begitu juga tiada batasan bagi sesi pengenalan daripadaNya, bagi orang-orang yang mahu mengenaliNya.