Tuesday, July 12, 2011

Selamat Hari Lahir Zira ;-)

~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang ~
 
Assalamualaikum w.b.t


Hari ini, tanggal 12 Julai 2011,bersamaan 11 Sha'ban 1432 Hijrah, genap usia ke 18 seorang teman saya, Ummi Nazirah Binti Ahmad Lutfi... Tika ini, saya sangat merindui dia.. (ceh3.. ). Rasa kasih dan sayang menyelubungi segenap hati, mungkin ini yang dinamakan ukhuwah kerana Allah..indahnya persahabatan tidak dapat diungkap dengan kata-kata, dek ia kemas tersimpan di dalam hati yang Allah redhai.. insyaAllah.. ;-)
Untuk Zira Yang Tersayang..
Saya doakan anda sentiasa Allah lindungi,
Gunakan umurmu sebaik2nya,
Lengkapkan ia dengan iman dan cinta kasih terhadap Allah s.w.t..
Kerana itulah cinta yang sebenar-benarnya.
Kudoakan jua agar dirimu tetap tabah dan kuat,
Menghadapi segala mehnah dan cabaran mendatang.
Semoga dirimu Allah jadikan seindah2 peribadi wanita,
seperti serikandi-serikandi Islam semulia Khadijah, Aishah dan Fatimah.
Semoga dirimu menjadi bidadari secantik Ainul Mardhiah,
Menghiasi dunia dan taman syurgawi yang hakiki.

Untuk sahabat saya yang lainnya, ukhuwah fillah abadan abada.. Semoga Allah redhai persahabatan kita semua. Saya sertakan puisi buat kalian yang saya kasihi dan sayangi kerana Allah s.w.t.. InsyaAllah.

UKHUWAH yang terbina bersama..
takkan pernah untuk di lupa..
tak terlintas untuk dibiarkan begitu saja..
malah,
tak sanggup untuk membiarkan ianya menyepi walaupun hanya seketika..
di dalamnya ada gelak ketawa..
penuh dengan gurauan senda..
terselit juga sedih duka..
namun,
semua itu takkan mampu untuk kita ulangi kembali..
semua yang berlalu,
biarkan saja ia berlalu pergi..
tapi,
sentiasalah sematkan ukhuwah itu dihati..
doa tak putus² sesama diri..
peringatan demi peringatan sentiasa diberi..

kerana kita berukhuwah bukan kerana duniawi..
tapi kerana ukhrawi..
yang kita sandarkan semuanya pada Illahi..


Salam kasih.. ;-)