Tuesday, July 19, 2011

JENIS RASUKAN JIN...

8 JENIS RASUKAN JIN...

Iaitu jin memasuki jasad manusia dan tinggal di dalamnya...
samada secara sementara atau kekal...(...sampai mati... )

JENIS-JENIS RASUKAN...

1.RASUKAN PENUH...

Iaitu seseorang yang dirasuki secara keseluruhannya...
dari jasad...fikiran dan perasaan...( jasad dan otak )...
sehingga ia tak sedar apa pun yang dilakukannya...

2.RASUKAN OTAK...

Iaitu jin masuk ke dalam bahagian-bahagian tertentu
dalam otak...
dan dari sana ia mengawal perkataan dan perbuatan
seseorang manusia itu...
dan orang itu mungkin ia sedar apa yang dikatakan atau dibuatnya...
tapi tak dapat dikawal...
atau mungkin juga seseorang itu akan 'kehilangan dirinya'
( ...tidak sedar apa pun ia kata atau dibuatnya... )

3.RASUKAN TUBUH SAHAJA...

Iaitu jin merasuki jasad seseorang manusia...
tapi tiada gangguan pada otaknya...
maka ia dalam keadaan sedar sepenuhnya...
tapi tak dapat mengawal dirinya sendiri...

NOTA :

a. salah satu contoh rasukan ini adalah silat jin...

...iaitu jin masuk dan mengawal jasad seseorang...dan
menggerakkan ia dengan langkah atau buah-buah silat...
sedangkan sebenarnya orang itu tak pandai bersilat...

...tapi bukan semua silat sendiri ini menggunakan jin..
ia boleh jadi juga gerakan-gerakan tindakbalas dari
tenaga dalaman seseorang manusia...
terutamanya semasa dalam kecemasan...)

4.RASUKAN OTAK SAHAJA...

Iaitu jin masuk ke dalam otak seseorang...
maka orang itu kelihatan tak sedar...
atau seperti pengsan...atau koma...

Tapi bagi orang yang dirasuk ini...
ia tetap sedar sepenuhnya...ia cuma kehilangan kawalan
terhadap tubuhnya sendiri...
hinggakan nak buka mata saja pun tak larat...

...dan ada satu keadaan lain...
iaitu mungkin dalam masa yang sama ...
kesedarannya berfungsi dalam alam lain...
seperti ia merasa dikunjungi oleh orang-orang yang
tak dikenali...seperti orang-orang soleh...(syaitan)...
atau mungkin orang-orang yang sudah meninggal..
terutama keluarga atau kawan-kawan...
(syaitan yang menyerupai )...

5.RASUKAN PEMISAHAN ANTARA JASAD DAN KESEDARAN...

Ia lebih kurang seperti di atas...
cuma bezanya... dalam masa otaknya dirasuk...
jasadnya juga mengalami kerasukan...

...maka dalam masa jasadnya mengamuk di rumah...
( kerasukan )...
ia tak rasa berada di rumah...sebaliknya...
mungkin ia merasa sedang berada di suatu tempat lain...
seperti sedang bertarung dengan sesuatu di tengah rimba...
atau sedang 'makan angin' di satu taman di kaki gunung...
dan sebagainya...

...dengan penjelasan lain ia adalah pemisahan antara jasad
dan panca indera...

5.RASUKAN INDERA...

Yang paling biasa adalah pada 3 tempat...
iaitu mata , telinga dan lidah...

MATA...

Iaitu jin masuk ke dalam bebola mata...
dan memenuhinya dengan angin bisa...

..maka ia ada beberapa kemungkinan...
ia dapat melihat jin yang mengganggunya...
mungkin jin itu ada dalam bebola matanya...
atau dalam kepala.... (otaknya )...
atau di depan anak matanya...
atau lebih jauh ke depannya...

...atau...
ia juga dapat melihat jin lain ...
( alam jin )...secara terbatas...

...atau...
ia tak nampak jin yang mengganggunya...
tapi jin pengganggunya itu membolehkan ia
melihat jin-jin lain...

Ia biasanya berlaku kepada orang-orang yang ada saka...
atau pendamping jin ... samada dengan cara menuntut ilmu jin...
menyimpan tangkal...atau di pilih oleh jin sendiri...

...dan dia mungkin boleh melihat jin yang mengganggu orang lain...
atau melihat benda-benda yang jauh...
seperti kawasan-kawasan rumah orang lain...
atau jin-jin yang mendiami ladang-ladang di tengah rimba...dll..

NOTA:

1.seringkali jin-jin pendamping tidak memperlihatkan diri
kepada tuannya...
...kerana pasti manusia itu merasa berdamping dengan syaitan...
dari sebab rupanya...

2....atau ia hanya memperlihatkan penyamarannya...
seperti orang-orang soleh...lelaki tampan...wanita cantik...
atau nenek yang baik hati...dan sebagainya...
sedangkan rupa asalnya jauh lebih buruk dan mengerikan...


TELINGA...

Iaitu jin duduk pada cuping telinga...belakang daun telinga..
atau dalam saluran telinga...

...maka ia akan mendengar suara-suara bisikan ke telinganya...
atau dalam saluran telinganya...

...dan kadang-kadang ia boleh mendengar suara atau bunyi
dari alam jin...

Jika ia menggunakan jinnya untuk apa pun tujuan...samada
baik ataupun yang buruk...
...maka jin itu akan membisikkan kepadanya sesuatu yang
berkaitan dengan alam-alam ghaib...
atau mungkin tentang sesuatu yang berkaitan dengan alam
manusia ...
yang belum diketahuinya...

...atau jin itu akan membisikkan kepadanya berbagai hasutan...
fitnah...penipuan...dan tipu helah...
dengan tujuan untuk merosakkan ...
atau menyesatkan manusia...

LIDAH...

Iaitu jin masuk dan mengawal lidahnya...
maka seseorang itu akan terus bercakap perkara-perkara
yang tidak diketahui... atau tidak dikehendakinya...
dan ia tidak dapat mengawal atau menghentikan lidahnya...

Ia mungkin akan bercakap tentang topik atau perkara yang
hebat-hebat...dan mengkagumkan...
atau sekedar merepek...berbohong...
membodek..memfitnah...atau merapu tak tentu pasal...
iaitu bergantung kepada ilmu juga perangai jin itu sendiri...

6.RASUKAN ANGGOTA...

Iaitu jin masuk kedalam mana-mana anggota...seperti tangan...
...atau kaki...

...maka tangan atau kaki seseorang itu akan bergerak tanpa kawalan...
seperti menepis atau menyepak sesuatu...
atau mengangkat beban yang berat...dengan sebelah tangan sahaja...
atau mungkin mencekik lehernya sendiri...dan sebagainya...

7.RASUKAN FIKIRAN...

Iaitu jin masuk ke dalam otak...
dan membuat gangguan...dengan berbagai 'bayangan'
berupa berupa sangkaan-sangkaan buruk...
atau bayangan-bayangan kerunsingan...

...maka seseorang itu akan merasa runsing...
tapi tak tau sebabnya...
fikirannya seolah-olah di rasuk...dengan berbagai kerisauan...
dan ia sendiri tak tau apa sebabnya...

NOTA:

1.Gangguan pada fikiran ( otak )...
...biasanya serentak dengan bisikan-bisikan jin pada telinga...

8.RASUKAN PERASAAN...

...iaitu jin masuk ke dalam dada...
dan meresapkan angin berbisanya...
serta membisikkan berbagai hasutan ...

...maka jiwa seseorang itu dirasuk dengan
berbagai perasaan...
seperti sedih sayu...takut...rindu...
marah...putus asa dan sebagainya...
sedang ia sendiri tak tau sebab atau puncanya...

...dan untuk lebih 'menyeksakan'...
jin ini akan menyempitkan dada seseorang itu...
atau mencekik lehernya...
atau memanaskan atau...
memedaskan dalam dadanya...dengan angin berbisa...

...kemudian yang akan disangkakan oleh manusia
tadi...
bahawa ia sangat sedih...sangat menderita...
sehinggakan dadanya terasa sempit...panas...
seperti ada batu tersumbat dilehernya...
dan sangat pedih pedas hatinya...

...dan jika Tuhan izinkan...
seseorang manusia itu boleh gila...
atau malah membinasakan dirinya sendiri...
kononnya...
lantaran penderitaan yang tak tertanggung..
tapi sebenarnya cuma tipudaya jin syaitan semata-mata...

Wallohu a'lam.

Dua Punca Utama Gangguan Jin Dan Syaitan Terhadap Wanita

Dua Punca Utama Gangguan Jin Dan Syaitan Terhadap Wanita

Ada dua punca utama terjadinya masalah kerasukan yang sering dihadapi oleh kaumwanita:
* Akibat sihir
* Kecenderungan jin ketika memandang perempuan berkenaan
Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga solatnya, tidak membaca al-Quran tetapi suka mendengar nyanyian atau pun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga suka duduk bersolek di hadapan cermin.
Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk ke bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.
Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis dan syaitan adalah manusia yang berada dalam Tauhid (mengesakan) Allah s.w.t., melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w. serta beramal dengan syariat Islam.
Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah s.w.t. dengan mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah, seperti Nabi Muhammad s.a.w. , sahabat-sahabat baginda, para ulama dengan syariat Islam.
Dengan itu Insya Allah akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati sebagaimana mereka, iaitu selamat daripada gangguan para jin, iblis dan syaitan atau seumpamanya.


Bentuk-bentuk Gangguan Dan Rasukan Syaitan

Bentuk-bentuk Gangguan Dan Rasukan Syaitan

Syaitan boleh mengganggu manusia dengan menjadikannya kerasukan. Rasukan yang dimaksudkan di sini ialah rasukan ke atas pergerakan mangsa. Mangsa yang dirasuk berjalan terhoyong-hayang kerana pusiangan dan kawalan syaitan ke atas dirinya. Ia merasa seolah-olah bumi bergoncang atau hilang kawalan menyebabkan ia sukar untuk mengseimbangkan langkah kakinya atau membawa maksud mangsa yang terlibat tidak menyedari apa yang dituturinya. Ia tidak dapat mengaitkan antara yang telah dipertuturkannya dengan apa yang sedang dipertuturkannya. Begitu juga dengan apa ia suka perkatakan selepas itu. Rasukan boleh berlaku pada fikiran dan boleh juga berlaku pada tingkah laku.
Rasukan adalah keadaan di mana manusia kehilangan daya sedar dan tidak dapat berfikir tentang sesuatu yang berkaitan dengan dirinya. Secara zahirnya ia merupakan satu tanda gila. Gangguan syaitan akan menimbulkan berbagai penyakit kepada manusia. Bentuk-bentuknya kadang-kadang sama dengan bentuk-bentuk penyakit yang berpunca daripada faktor-faktor zahir dan kadang-kadang berbeza. Ia merupakan penyakit-penyakit yang kronik bentuknya. Penyakit ini tidak dapat disembuhkan oleh sebarang jenis rawatan dan ubatan moden.
Menurut Syeikh Abdul Wahid Abdus Salam Bali, gangguan syaitan mempunyai tanda-tandanya di dalam tidur dan di waktu jaga. Tanda-tanda yang terdapat dalam tidur ialah:
  • Tidak dapat tidur lena.
  • Gelisah.
  • Mengigau.
  • Mimpi-mimpi yang menakutkan.
  • Melihat binatang dalam mimpi seperti kera, anjing,unta, ular, singa/harimau, musang dan tikus.
  • Terkancing gigi.
  • Ketawa, menangis dan bertempik dalam tidur.
  • Berdengkur.
  • Bangun dan berjalan tanpa menyedarinya.
  • Melihat dalam mimpi seolah-olah terjatuh dari tempat yang tinggi.
  • Melihat diri berada di kawasan perkuburan atau tempat pembuangan sampah atau sebatang jalan yang menakutkan.
  • Melihat beberapa individu dalam bentuk yang ganjil, umpamanya panjang atau pendek mereka luar biasa atau melihat individu hitam legam.
  • Melihat bayang-bayang indvidu dalam tidur.
Tanda-tandanya di waktu jaga:
  • Sakit kepala yang berterusan tanpa sebab-sebab zahir.
  • Terhalang melakukan zikrullah, solat dan amalan taat.
  • Tekanan fikiran.
  • Rasa lemah dan malas.
  • Rasa sakit pada mana-mana bahagian badan yang tidak dapat dirawat oleh rawatanmoden.
Menurut Dr Saad Jalal, bentuk-bentuk rasukan ialah:
  • Pengsan di tengah jalan atau di rumah atau di tempat-tempat tertentu.
  • Muka pucat dan tergambar pada matanya keadaan orang yang berada dalam keadaan bingung.
  • Anggota badan menjadi kejang, keluar buih daripada mulut dan badan tidak bergerak.
  • Terkancing gigi dan kadang-kadang tergigit lidah hingga putus.
  • Kaki dan tangan menjadi kebas.
  • Berlaku pergerakan pelik pada mata, kepala dan sendi-sendi.
  • Lumpuh mana-mana anggota badan seperti lengan atau kaki. Mangsa tidak hilang perasaannya, sebaliknya kehilangan tenaga kawalan ke atas anggota yang lumpuh. Kadang-kadang keadaan menjadi lebih teruk sehingga ke tahap bercakap dalam keadaan tidak sedar apa yang ia cakpkan. Kadang-kadang ia berjalan sambil menggigit gerahamnya tanda geram kepada sesuatu dan kadang-kadnang juga ia bercakap dengan percakapan yang tidak teratur dan tidak difahami.
Jenis-jenis gangguan:
Ada 4 jenis gangguan iaitu:
  1. Gangguan menyeluruh, jin mengganggu secara menyeluruh seperti orang lumpuh sendi-sendi badannya.
  2. Gangguan sebahagian sahaja. Jin mengganggu satu anggota sahaja seperti lengan, kaku lidah.
  3. Gangguan berterusan. Jin menetap terus dalam tubuh badan seseorang dalam tempoh yang panjang.
  4. Gangguan dalam bentuk sementara waktu. Gangguan ini melibatkan masa beberapa minit seperti kebas, kejang dan lain-lain.