Tuesday, July 19, 2011

Bentuk-bentuk Gangguan Dan Rasukan Syaitan

Bentuk-bentuk Gangguan Dan Rasukan Syaitan

Syaitan boleh mengganggu manusia dengan menjadikannya kerasukan. Rasukan yang dimaksudkan di sini ialah rasukan ke atas pergerakan mangsa. Mangsa yang dirasuk berjalan terhoyong-hayang kerana pusiangan dan kawalan syaitan ke atas dirinya. Ia merasa seolah-olah bumi bergoncang atau hilang kawalan menyebabkan ia sukar untuk mengseimbangkan langkah kakinya atau membawa maksud mangsa yang terlibat tidak menyedari apa yang dituturinya. Ia tidak dapat mengaitkan antara yang telah dipertuturkannya dengan apa yang sedang dipertuturkannya. Begitu juga dengan apa ia suka perkatakan selepas itu. Rasukan boleh berlaku pada fikiran dan boleh juga berlaku pada tingkah laku.
Rasukan adalah keadaan di mana manusia kehilangan daya sedar dan tidak dapat berfikir tentang sesuatu yang berkaitan dengan dirinya. Secara zahirnya ia merupakan satu tanda gila. Gangguan syaitan akan menimbulkan berbagai penyakit kepada manusia. Bentuk-bentuknya kadang-kadang sama dengan bentuk-bentuk penyakit yang berpunca daripada faktor-faktor zahir dan kadang-kadang berbeza. Ia merupakan penyakit-penyakit yang kronik bentuknya. Penyakit ini tidak dapat disembuhkan oleh sebarang jenis rawatan dan ubatan moden.
Menurut Syeikh Abdul Wahid Abdus Salam Bali, gangguan syaitan mempunyai tanda-tandanya di dalam tidur dan di waktu jaga. Tanda-tanda yang terdapat dalam tidur ialah:
  • Tidak dapat tidur lena.
  • Gelisah.
  • Mengigau.
  • Mimpi-mimpi yang menakutkan.
  • Melihat binatang dalam mimpi seperti kera, anjing,unta, ular, singa/harimau, musang dan tikus.
  • Terkancing gigi.
  • Ketawa, menangis dan bertempik dalam tidur.
  • Berdengkur.
  • Bangun dan berjalan tanpa menyedarinya.
  • Melihat dalam mimpi seolah-olah terjatuh dari tempat yang tinggi.
  • Melihat diri berada di kawasan perkuburan atau tempat pembuangan sampah atau sebatang jalan yang menakutkan.
  • Melihat beberapa individu dalam bentuk yang ganjil, umpamanya panjang atau pendek mereka luar biasa atau melihat individu hitam legam.
  • Melihat bayang-bayang indvidu dalam tidur.
Tanda-tandanya di waktu jaga:
  • Sakit kepala yang berterusan tanpa sebab-sebab zahir.
  • Terhalang melakukan zikrullah, solat dan amalan taat.
  • Tekanan fikiran.
  • Rasa lemah dan malas.
  • Rasa sakit pada mana-mana bahagian badan yang tidak dapat dirawat oleh rawatanmoden.
Menurut Dr Saad Jalal, bentuk-bentuk rasukan ialah:
  • Pengsan di tengah jalan atau di rumah atau di tempat-tempat tertentu.
  • Muka pucat dan tergambar pada matanya keadaan orang yang berada dalam keadaan bingung.
  • Anggota badan menjadi kejang, keluar buih daripada mulut dan badan tidak bergerak.
  • Terkancing gigi dan kadang-kadang tergigit lidah hingga putus.
  • Kaki dan tangan menjadi kebas.
  • Berlaku pergerakan pelik pada mata, kepala dan sendi-sendi.
  • Lumpuh mana-mana anggota badan seperti lengan atau kaki. Mangsa tidak hilang perasaannya, sebaliknya kehilangan tenaga kawalan ke atas anggota yang lumpuh. Kadang-kadang keadaan menjadi lebih teruk sehingga ke tahap bercakap dalam keadaan tidak sedar apa yang ia cakpkan. Kadang-kadang ia berjalan sambil menggigit gerahamnya tanda geram kepada sesuatu dan kadang-kadnang juga ia bercakap dengan percakapan yang tidak teratur dan tidak difahami.
Jenis-jenis gangguan:
Ada 4 jenis gangguan iaitu:
  1. Gangguan menyeluruh, jin mengganggu secara menyeluruh seperti orang lumpuh sendi-sendi badannya.
  2. Gangguan sebahagian sahaja. Jin mengganggu satu anggota sahaja seperti lengan, kaku lidah.
  3. Gangguan berterusan. Jin menetap terus dalam tubuh badan seseorang dalam tempoh yang panjang.
  4. Gangguan dalam bentuk sementara waktu. Gangguan ini melibatkan masa beberapa minit seperti kebas, kejang dan lain-lain.

No comments: