Tuesday, July 19, 2011

Dua Punca Utama Gangguan Jin Dan Syaitan Terhadap Wanita

Dua Punca Utama Gangguan Jin Dan Syaitan Terhadap Wanita

Ada dua punca utama terjadinya masalah kerasukan yang sering dihadapi oleh kaumwanita:
* Akibat sihir
* Kecenderungan jin ketika memandang perempuan berkenaan
Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga solatnya, tidak membaca al-Quran tetapi suka mendengar nyanyian atau pun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga suka duduk bersolek di hadapan cermin.
Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk ke bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.
Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis dan syaitan adalah manusia yang berada dalam Tauhid (mengesakan) Allah s.w.t., melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w. serta beramal dengan syariat Islam.
Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah s.w.t. dengan mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah, seperti Nabi Muhammad s.a.w. , sahabat-sahabat baginda, para ulama dengan syariat Islam.
Dengan itu Insya Allah akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati sebagaimana mereka, iaitu selamat daripada gangguan para jin, iblis dan syaitan atau seumpamanya.


No comments: